Selasa, 17 November 2015

Kawan Baik Saya



    Kawan baik ? Siapa tiada . Mesti kita semua ada kawan baik . Tak kira lah , sorang atau ramai .Mesti ada seseorang yang dipanggil sahabat  yang kita percaya dalaa hidup kita untuk menceritakan apa yang terbuku di hati . Begitu juga aku . Aku ada kawan baik . Empat orang kesemuanya . Masih berhubung . Masih jadi kawan baik . Walaupun masing masing sibuk dengan pelajaran .

    Dulu , sebelum menjadi kawan baik , selisih sebelah pun tak tegur . Kenal hanya pada nama dan muka . Bukan orangnya . Ditakdirkan untuk duduk dalam satu kelas semasa tingkatan 4 . Makin lama makin rapat . Masing masing sekepala . Tidak kedekut atau pun pentingkan diri sendiri . Selalu ada bila diperlukan . Sentiasa memberi semangat apabila sedang dilanda masalah . 

   Paling kiri , nama diberi Nur Su'aidah Farhana Binti Ramli . Kecil orangnya . Sangat memahami . Paling muda dalam kalangan kami semua . Adik panggilan diberi oleh kami . Sedang menyambung pelajarannya di Politeknik Muadzam Shah , dalam jurusan perakaunan . Sebelahnya pula adalah Nur Farisha Eadreena Binti Kamis . Kenal sejak dari tigkatan 1 . Sehingga sekarang masih rapat . Masih berhubung . Menyambung pelajarannya di Unimap dalam jurusan rekabentuk produk . Hanya Farisha sahaja yang tidak meneruskan pengajian dalam perakaunan mahupun perniagaan . Dia lebih cenderung dalam bidang lain .


    Orang yang ketiga adalah Siti Aishah Binti Abd Rahman . Paling " chubby " diantara kami . Menyambung pelajarannya di Politeknik Merlimau , Melaka dalam jurusan akauntansi . Seorang yang sangat manja dan agak kelam kabut orangnya . Walaupun dia begitu , Aishah sering mengembirakan kami berempat . Ada saja lawaknya setiap hari . Tak kering gusi kalau duduk bersama dia . Jika kami ada masalah , terus saja hilang masalah tersebut  Akhir sekali adalah , Nur Atiqah Asyikin Binti Azman . Sedang melanjutkan pelajarannya di Universiti Utara Malaysia dalam jurusan logistik dan pengangkutan . Panggilan diberi oleh kami adalah " Kak Yong " . Seorang kakak yang selalu ambil berat tentang anak anak buahnya . Pelindung ketika kami di gangu oleh orang tak dikenali .

  Mereka penyeri hidup aku sampai sekarang . 4 tahu  telah berlalu dan aku masih berharap persahabatan ini terus kekal walaupun kita tak selalu berjumpa atau berhubung . Aku faham , masing masing ada komitmen yyang perlu di fokuskan . Aku selalu berdoa untuk kauorang . Jangan putus asa . Selalu ingat aku . Selalu ingat kenangan kita . Sama sama kita berusaha untuk berjaya . 

   Sahabat bukan yang selalu perlu kita berhubung , jumpa atau bercakap . Sahabat adalah mereka yang ada bila kita perlukan mereka ketika kita dilanda masalah . Terima kasih sahabat . Kau selalu dalam kenangan .





Zaman Perekolahan




Entry kali ini mengisahkan tentang zaman persekolahan aku . Aku telah melanjutkan pelajaran aku di Sekolah Menenggah Kebangsaan Senggarang . 5 tahun aku disekolah itu , banyak kenangan manis yang dapat aku ciptakan bersama rakan sekelas , guru dan rakan rakan lain . 


   Mempunyai 30 orang pelajar di dalam kelas 5 Cemerlang yang diwakili 10 orang pelajar lelaki dan 20 orang pelajar perempuan . Mengambil subjek sains tulen dan perakaunan . Kami semua telah berjaya melanjutkan pelajaran kami ke menara gading . Masing masing ada kerjaya masing masin sekarang .


  Mempunyai kawan sekelas yang satu kepala . Mesti seonokkan? Begitu juga aku . Kawan sekelas yang otak gila gila dan tidak pernah kedekut ilmu . Sentiasa memberi dorongan kepada aku mahupun rakan rakan yang lain jika menghadapi masalah dalam pelajaran . Sentiasa memberi tunjuk ajar kepada aku dan yang lain lain jika tidak memahami sesuatu subjek itu 


  Masih lagi berhubung walaupun sibuk dengan pelajaran masing masing . Masih lagi berjumpa , walaupun semua tak dapat hadir bersama . Kenangan manis yang kita cipta bersama , takkan pernah luput dalam ingatan . Jaga diri kalian semua . Teruskan berusaha dalam mencapai cita cita masing masing . Semoga kita berjumpa kembali .



5 CEMERLANG DALAM INGATAN 


Tentang Saya

      Assalamualaikum dan selamat sejahtera . Selamat datang ke blog aku . Ini adalah pertama kali aku buat blog . Zaman sekolah dulu , cikgu adalah suruh buat blog . Tapi , aku tak berapa minat sangat dengan IT ni . Dah masuk U , baru mencempungkan diri dalam It . kalau tak , takada maknanyaaaa . Entry pertama ni , aku ingin memperkenalkan siapa diri aku  . Mesti kauorang tak kenal aku kan? Okay lah . Dalam entry ni , aku  ceritakan sedikit siapa aku .

    Nama diberi Nur Azeeyana Binti Khalid . Berasal dari Batu Pahat Johor . Telah dilahirkan pada tanggal 20 Febuari 1996 . Dibesarkan sepenuhnya di negeri Johor . Ayah tercinta diberi nama Khalid bin Mohd Hashim . Ibu pula Alina binti Amat . Mempunyai 4orang adik beradik . Aku anak ke dua dan merupakan anak perempuan sulong dalam keluarga  .

   Aku merupakan pelajar sekolah menenggah harian biasa yang diberi nama Sekolah Menenggah Kebangsaan Senggarang .  Perihal pendidikan aku , akan aku ceitakan pada entry akan datang . Melanjutkan pelajaran seterusnya ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dalam jurusan perakaunan . Masa mula mula tu , tak rela lahh nak masuk matrik . Sebab senior kata matrik ni susah . Hmp . susah ke? Entah . Aku rasa , okay je kot . Tak adalah susah mana pun . Sama je dengan sekolah harian tu .


  Pasal entry persekolahan dan zaman matrik aku , aku akan ceritakan pada entry akan datang . Jangan lupa untuk singgah membaca . Selamat membaca dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk membaca entry aku .