Kawan baik ? Siapa tiada . Mesti kita semua ada kawan baik . Tak kira lah , sorang atau ramai .Mesti ada seseorang yang dipanggil sahabat yang kita percaya dalaa hidup kita untuk menceritakan apa yang terbuku di hati . Begitu juga aku . Aku ada kawan baik . Empat orang kesemuanya . Masih berhubung . Masih jadi kawan baik . Walaupun masing masing sibuk dengan pelajaran .
Dulu , sebelum menjadi kawan baik , selisih sebelah pun tak tegur . Kenal hanya pada nama dan muka . Bukan orangnya . Ditakdirkan untuk duduk dalam satu kelas semasa tingkatan 4 . Makin lama makin rapat . Masing masing sekepala . Tidak kedekut atau pun pentingkan diri sendiri . Selalu ada bila diperlukan . Sentiasa memberi semangat apabila sedang dilanda masalah .
Paling kiri , nama diberi Nur Su'aidah Farhana Binti Ramli . Kecil orangnya . Sangat memahami . Paling muda dalam kalangan kami semua . Adik panggilan diberi oleh kami . Sedang menyambung pelajarannya di Politeknik Muadzam Shah , dalam jurusan perakaunan . Sebelahnya pula adalah Nur Farisha Eadreena Binti Kamis . Kenal sejak dari tigkatan 1 . Sehingga sekarang masih rapat . Masih berhubung . Menyambung pelajarannya di Unimap dalam jurusan rekabentuk produk . Hanya Farisha sahaja yang tidak meneruskan pengajian dalam perakaunan mahupun perniagaan . Dia lebih cenderung dalam bidang lain .
Orang yang ketiga adalah Siti Aishah Binti Abd Rahman . Paling " chubby " diantara kami . Menyambung pelajarannya di Politeknik Merlimau , Melaka dalam jurusan akauntansi . Seorang yang sangat manja dan agak kelam kabut orangnya . Walaupun dia begitu , Aishah sering mengembirakan kami berempat . Ada saja lawaknya setiap hari . Tak kering gusi kalau duduk bersama dia . Jika kami ada masalah , terus saja hilang masalah tersebut Akhir sekali adalah , Nur Atiqah Asyikin Binti Azman . Sedang melanjutkan pelajarannya di Universiti Utara Malaysia dalam jurusan logistik dan pengangkutan . Panggilan diberi oleh kami adalah " Kak Yong " . Seorang kakak yang selalu ambil berat tentang anak anak buahnya . Pelindung ketika kami di gangu oleh orang tak dikenali .
Mereka penyeri hidup aku sampai sekarang . 4 tahu telah berlalu dan aku masih berharap persahabatan ini terus kekal walaupun kita tak selalu berjumpa atau berhubung . Aku faham , masing masing ada komitmen yyang perlu di fokuskan . Aku selalu berdoa untuk kauorang . Jangan putus asa . Selalu ingat aku . Selalu ingat kenangan kita . Sama sama kita berusaha untuk berjaya .
Sahabat bukan yang selalu perlu kita berhubung , jumpa atau bercakap . Sahabat adalah mereka yang ada bila kita perlukan mereka ketika kita dilanda masalah . Terima kasih sahabat . Kau selalu dalam kenangan .
Blog yang menarik !
BalasPadam